Monday, April 15, 2013

Penglipur lara kepada orang PR yang lara: PR menang 124 kerusi. Wow!

Wahai para penyokong PR, jika hatimu sedang lara, nikmatilah penglipur lara di bawah ni. Tetapi jangan la sampai tak teruskan kerja nak bunuh kuasa Umno BN. Dan, jangan pula menganggap yg di bawah ni lebih dari penglipurlara. Baca, baca jugak. Kerja bunuh kuasa Umno mesti diteruskan. Silakan berhibur:

Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR

Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak (Baca selanjutnya di sini)

Berkaitan:
Pakatan eyeing magical 112 seats or more (FMT 15/4/13)

1 comment:

  1. Boss, ada org PR nak jual kerusi sebelum bertanding ni.... Lumayan, sbb kalau bertanding belum tentu menang, kalau menangpun belum tentu dapat bentuk kerajaan, kalau dapat kerajaanpun belum tentu kaya... Up lagi sikit boleh tak? Kali ni PR menang semua kerusi...! Lagi gempaq!!!!!

    ReplyDelete