Saturday, April 13, 2013

Khas untuk orang Cina, India: Kalau Umno berjaya cetus rusuhan kaum

Diminta mengulas lanjut mengenai jaminan (PAS) untuk memberi perlindungan (kepada rakyat semua kaum) jika berlaku huru hara, Mahfuz berkata, PAS tidak bercakap kosong malah telah dibuktikan dengan tindakan kerajaan PAS di Kelantan ketika berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 lalu.

"Sebaik sahaja tercetus percubaan untuk merebakkan rusuhan di Kuala Lumpur ke Kelantan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Asri Muda terus mengumpulkan pemimpin-pemimpin masyarakat berkumpul di kediaman Menteri Besar Kelantan di JKR 10.

"Beliau memberi amaran, jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan," kata beliau.

Malah, kata Mahfuz, Asri turut memberi jaminan kepada wakil masyarakat Cina yang turut datang ke perhimpunan itu, Chua Say Paw bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan (baca selanjutnya berita bertajuk "Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum" - versi Inggeris "PAS will shield all from race clash, veep vows". Selain itu, baca juga berita bertajuk "Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin" - versi Inggeris "'Dr M out to destroy the nation'").

1 comment: