Tuesday, February 5, 2013

Umno semakin khianati dan rugikan Melayu

Kalau benar kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong belanjawan pendidikan sehingga 20 peratus, ia pengkhianatan kepada orang-orang Melayu.

Dalam posting bertajuk "Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kira kemudian", saya dah sebut bahawa maruah, harga diri dan survival Melayu terletak di tangan Allah s.w.t.dan hanya boleh dicapai melalui kesempurnaan iman kepada-Nya dan ketinggian ilmu dunia dan Akhirat.

Walau bukan semua orang Cina kaya, tetapi sebahagian besar dari mereka tak heran kalau dipotong belanjawan pendidikan. Ramai anak Cina yang belajar di luar negara atau di universiti swasta.

Kalau sekolah-sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan berada di bawah standard pun, sikit depa tak heran. Sejarah orang Cina sejak sebelum merdeka membuktikan mereka boleh membina sekolah-sekolah mereka sendiri. Contohnya, di bandar Taiping, yang berhampiran dengan kampung saya di Matang, sekolah Hua Lian ditubuhkan sendiri oleh orang-orang Cina. 

Sebelum ini peruntukan untuk MARA dipotong oleh pentadbiran Najib, sekarang belanjawan pendidikan pula dipotong. Semua itu merugikan Melayu.

No comments:

Post a Comment