Sunday, February 17, 2013

"(Kalau PR menang) saya bimbang anak cucu saya"

Seorang bekas pemimpin terkanan Umno berkata: "(Jika Pakatan Rakyat (PR) menang), saya tidak bimbangkan diri saya (dimangsakan), saya bimbangkan anak cucu saya".

Nyatalah, mereka berhempas-pulas mempertahankan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerana kepentingan negara, kepentingan orang-orang Melayu jauh lagilah kepentingan Islam. Mereka tak pernah peduli pun fasal Islam.

Bukan juga kerana mereka takut DAP berkuasa, Cina berkuasa dan apa sahaja taktik rasis yang mereka gunakan (taktik rasis ini dijilat dengan penuh bangang oleh beberapa pemimpin PAS yang tidak ada akal dan keyakinan diri untuk menangani kemenangan DAP dan Cina - habis banyak pun 40 kerusi DAP boleh menang).

Tetapi hakikatnya kerana kepentingan mereka, iaitu nak mempertahankan harta mereka yang melimpah ruah.

Pemimpin Umno di peringkat pertengahan dan bawahan pula, mereka bimbang siapa nak bayar ansuran rumah mewah, kereta mewah dan pelbagai kemewahan lain kalau Umno kalah.

Persoalannya, kalau setakat duit pencen mereka dan harta yang mereka perolehi secara sah, apa yang mereka takut sangat? Bukankah undang-undang boleh menghalang PR dari mengusiknya?

1 comment:

  1. Sekarang baru puak2 penyamun dari kalangan pemimpin2 Umno tahu tinggi rendah langit. Selama ni mereka fikir Umno akan memerintah dulu, kini dan sehingga kiamat, seolah2 Allah tu buta terhadap penyelewengan dan dosa2 yang mereka lakukan sesuka dan sekehendak nafsu mereka.Mereka tidak mengambil iktibar dan pelajaran daripada kejatuhan kerajaan2 zalim dan korup di seluruh dunia.

    ReplyDelete